LAPORAN SEBELUM INI; [Eksklusif] Pemalsuan Dokumen 1MDB : Tiga Pemimpin Pembangkang Terlibat?
Malaysiakini melaporkan;
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan menjadi dalang dengan memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rafizi berkata, beliau tidak mengenali dan berhubung individu bernama Lester Melanyi yang mendakwa pernah bekerja untukSarawak Report bahawa ahli Parlimen Pandan itu menjadi dalang dan memberi arahan untuk memfitnah Najib.
“Saya tidak pernah kenal Lester Melanyi atau berhubung dengan beliau.
"Kali pertama saya tahu kewujudan beliau adalah apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan mengenai laporan polis seperti di atas,” kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
Semalam, pengarah komunikasi strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan membuat laporan polis terhadap Sarawak Report kerana didakwa memalsukan dokumen berkaitan dengan 1MDB dan bersekongkol dengan wakil rakyat pembangkang. ~Mkini
Sekalipun Rafizi Ramli menafikan dakwaan itu, pada asasnya ia tidak membawa apa- apa makna. Melainkan Rafizi Ramli bersedia untuk mengambil tindakan undang- undang dengan kadar segera terhadap Lester Melanyi bagi membuktikan penafian yang dibuat Ahli Parlimen itu berasas.
Penafian itu juga tidak menjawab enam perkara yang perlu diberikan perhatian utama seperti yang diterbitkan blog ini semalam, iaitu;
- Siapakah kawan "latino" yang turut bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sessi perjumpaan seperti yang didedahkan Lester Melanyi?
- Apakah dakwaan Lester Melanyi yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tony Pua dan Rafizi Ramli adalah berasas? Sekiranya ianya adalah satu fitnah, adakah ketiga- tiga individu yang dinamakan itu bersedia untuk mengambil tindakan sivil bagi membersihkan nama mereka dengan menyaman Lester Melanyi?
- Bruno Manser Foundation (BMF) dikatakan adalah "paymaster" kepada Sarawak Report adalah merupakan sebuah NGO yang berpusat di Switzerland. Apakah semuanya adalah secara kebetulan apabila Xavier Justo juga adalah warganegara Switzerland berketurunan Sepanyol?
- Adakah kawan "latino" yang dimaksudkan Lester Melanyi itu adalah Justo Xavier kerana ia berketurunan Sepanyol?
- Sekiranya Tony Pua dan Rafizi gagal untuk mengambil tindakan undang- undang terhadap dakwaan ini, adakah ia beerti dakwaan ini adalah benar dan mereka bersedia meletakkan jawatan selaku wakil rakyat?
- Jika dapat dibuktikan kebenaran dakwaan ini, adakah Tony Pua masih layak untuk terus membarisi Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC)?
0 comments:
Post a Comment